Program Cyber Awareness: Safe & Shield Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI di SMK Felda Pasoh 2
14 Disember 2024 | Aktiviti Terkini13 Disember 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah kolaborasi bersama NADI Kluster Jempol Utara di bawah Program Cyber Awareness: SAFE & SHIELD memberi taklimat untuk memperkenalkan NADI serta fungsinya. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari.
Selain itu, satu taklimat berkaitan NADI SAFE & SHIELD telah diberikan kepada para pelajar dan kakitangan sekolah program ini dihadiri seramai 312 orang pelajar yang terlibat. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan antaranya Games Klik Dengan Bijak Memory games, permainan samakan warna, dan kuiz KDB atas talian. Selain itu, terdapat kaunter pendaftaran untuk kakitangan sekolah mendaftar My Digital ID serta terdapat juga kaunter kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, kadar gula dalam darah serta pemgukuran indeks jisim badan (BMI) turut disediakan.
Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah kerana telah menjadi ahli NADI dengan secara rasminya. Program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: