Kisah Kejayaan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Nooriswati Binti Salleh telah mendaftar sebagai ahli PI Pasoh 3 pada tahun 2016. Beliau menjalankan perniagaan Kerongsang Felt secara sepenuh masa. Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau hanya mempromosikan produknya di sekolah yang dikirimkan kepada anak beliau untuk dijual kepada rakan-rakan sekelas. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Pasoh 3, perniagaan beliau kini semakin berkembang dan produk kerongsang felt beliau sudah mula dikenali ramai melalui Facebook dan Blog.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PI
Adik Muhamad Assuwat Bin Khirol merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Sebelum bimbingan PI Pasoh 3 mengenai ICT, adik Assuwat kurang berpengetahuan mengenai penggunaan Microsoft Power Point untuk menyiapkan kerja kursus. Di samping itu juga, beliau juga kurang pendedahan tentang menggunakan internet dengan betul, kurang pendedahan tentang kemudahan teknologi masa kini.
Selepas bimbingan PI Pasoh 3, dengan selalu berkunjung ke PI, beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Power Point untuk menyiapkan kerja kursus subjek Sivik, disamping itu, beliau dapat bertanya secara langsung jika terdapat sebarang kemusykilan. Tambahan pula, beliau selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan PI Pasoh 3, untuk menambah lagi pengetahuan beliau.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Siti Rosmaliza Binti Mohamad merupakan peniaga atas talian.Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau hanya mempromosikan produknya di akaun Facebook peribadi dan membuat iklan promosi barangan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp sahaja. Selepas beliau menyertai kelas keusahawanan di PI, beliau telah mendapat ilmu baru cara untuk membuat Facebook Page untuk perniagaannya. Sehubungan dengan itu, beliau telah menambah ilmu pengetahuan tentang teknik untuk menyusun dan mengemaskini akaun Facebook page beliau supaya sentiasa kemas dan mudah untuk pelanggan melihat produk barangan yang beliau muat naikkan dalam page beliau.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Khatijah Binti Sulong ini merupakan seorang tukang jahit. Selain dari mengambil upah menjahit baju pelanggan, beliau juga mengeluarkan hasil kerja sendiri untuk dijual iaitu telekung. Telekung yang dihasilkan mempunyai kualitinya yang tersendiri dan mendapat permintaan yang banyak daripada jiran-jiran dan ahli keluarga sendiri. Bagi meluaskan lagi promosi jualan produk beliau,beliau telah mengambil inisiatif dengan menyertai kelas Keusahawanan yang telah dianjurkan oleh PI Pasoh 3. Dari seorang yang tiada pengetahuan asas mengenai computer, kini beliau telah mempunyai akaun Facebook Page untuk mempromosikan jualan telekung secara meluas kepada kenalan di Facebook beliau.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Encik Mohamad Razif Bin Abas ini berusia 24 tahun merupakan usahawan muda. Beliau mengusahakan projek ternakan udang galah. Pada ketika ini, projek ternakan beliau masih di peringkat awal dan memerlukan penambahan kos untuk memajukan lagi projek tersebut. Beliau telah menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI Pasoh 3 untuk mencari maklumat mengenai pinjaman-pinjaman yang beliau boleh mohon untuk projek tersebut. Selain itu, beliau juga telah menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh pihak PI Pasoh 3. Kini beliau telah mewujudkan facebook page untuk perniagaan beliau dengan memuat naik status perkembangan ternakan udang galah beliau sebagai satu cara memaklumkan kepada pengguna media sosial bahawa beliau ada menyediakan perkhidmatan jualan ternakan udang galah dan mensasarkan jualan yang banyak apabila udang galah tersebut mencapai berat 1 kilogram.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PI
Adik Nur Baiyah Azwanie Bt Mohd Faizal merupakan seorang pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3. Sebelum bimbingan PI Pasoh 3 mengenai ICT, adik Azwanie kurang berpengetahuan mengenai penggunaan Microsoft Publisher untuk menyiapkan kerja rumah beliau. Di samping itu juga, beliau juga kurang pendedahan tentang menggunakan internet dengan betul, kurang pendedahan tentang kemudahan teknologi masa kini.
Selepas bimbingan PI Pasoh 3, dengan selalu berkunjung ke PI, beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Publisher untuk menyiapkan kad ucapan hari ibu, disamping itu, beliau dapat bertanya secara langsung jika terdapat sebarang kemusykilan. Tambahan pula, beliau selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan PI Pasoh 3, untuk menambah lagi pengetahuan beliau.
Antara pelajaran yang dapat dipelajari oleh adik Azwanie sepanjang mendapat bimbingan di PI Pasoh 3 ialah mempelajari penggunaan Microsoft Publisher untuk menyiapkan kerja rumah. diberi pendedahan tentang penggunaan komputer dan internet dengan betul dan pendedahan tentang kemudahan aplikasi pembelajaran masa kini. Selain PI membantu perkembangan dan peningkatan tahap kemahiran ICT, PI Pasoh 3 juga membantu dalam memberi kelas Soft skill,seperti kelas membuat kad ucapan digital menggunakan Photoshop memberikan peserta peluang untuk menjadi lebih kreatif dan berkarya dengan cara yang tersendiri.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PI
Adik Nur Alissa Binti Razali ini merupakan seorang pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3. Sebelum bimbingan PI Pasoh 3 mengenai ICT, adik Alissa kurang berpengetahuan mengenai penggunaan asas komputer. Di samping itu juga, beliau juga kurang pendedahan tentang menggunakan internet dengan betul, kurang pendedahan tentang kemudahan teknologi masa kini.
Selepas bimbingan PI Pasoh 3, dengan selalu berkunjung ke PI, beliau telah mula mahir menggunakan komputer. Selain itu, selepas mahir menggunakan komputer adik Alissa semakin teruja untuk mengasah bakat beliau dengan menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PI terutamanya kelas E-Learning untuk mengasah kreativiti beliau.
Antara pelajaran yang dapat dipelajari oleh adik Alissa sepanjang mendapat bimbingan di PI Pasoh 3 ialah mempelajari penggunaan Adobe Photoshop untuk menghasilkan kad ucapan digital sempena Aidilfitri,diberi pendedahan tentang penggunaan komputer dan internet dengan betul dan pendedahan tentang kemudahan aplikasi pembelajaran masa kini. Seterusnya,PI telah membantu perkembangan dan peningkatan tahap kemahiran ICT. PI Pasoh 3 juga membantu dalam memberi kelas Soft skill,seperti kelas yang memberi informasi disebalik tabir sesuatu sesi pengambaran dijalankan.Adik Alissa telah diberi peluang untuk menimba pengetahuan dan pengalaman untuk menyaksikan sendiri teknik rakaman bagi sesuatu video dirakamkan.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PI
Adik Muhammad Alif Haikal ini merupakan murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3. Sebelum menyertai kelas-kelas yang terdapat di PI Pasoh 3, adik Alif Haiqal sudah mempunyai minat untuk mendalami ilmu ICT namun tidak mengetahui sumber untuk mendapatkan ilmu tersebut. Selepas bimbingan PI Pasoh 3, dengan selalu berkunjung ke PI, beliau telah mula mahir menggunakan komputer. Selain itu, selepas mahir menggunakan komputer adik Alif Haiqal semakin teruja untuk mengasah bakat beliau dengan mendalami ilmu ICT. Pelbagai ilmu yang telah diperoleh. Antaranya ialah berkaitan dengan Pendidikan Islam iaitu melalui kelas e-learning video dan kuiz sirah nabi.
Antara pelajaran yang dapat dipelajari oleh adik Alif Haiqal sepanjang mendapat bimbingan di PI Pasoh 3 ialah belajar menggunakan internet untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan mata pelajaran yang telah dipelajari di sekolah. Selain itu, dapat belajar banyak ilmu pengetahuan mengenai Sirah-sirah nabi yang ditayangkan di PI. Adik Alif Haiqal telah berkongsi pengalaman dengan petugas PI bahawa dia dapat menjawab beberapa soalan yang diberikan oleh guru Pendidikan Islam di sekolah dengan jayanya kerana dia telah belajar topik tersebut dalam kelas anjuran PI.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PI
Adik Nurshuhana Najwa ini merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Pasoh 2. Sebelum menyertai kelas-kelas yang terdapat di PI Pasoh 3, adik Nurshuhana najwa tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ICT. Selepas bimbingan PI Pasoh 3, dengan selalu berkunjung ke PI, beliau telah mula mahir menggunakan komputer. Adik Nurshuhana Najwa sering menyertai Kelas-kelas yang dianjurkan di PI Pasoh 3. Sehubungan itu, adik Nurshuhana Najwa semakin teruja dan minat untuk mendalami ilmu ICT.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Hatijah Binti Md Nor merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau menjalankan aktiviti perniagaan di hadapan rumah beliau. Dengan bermodalkan RM 800, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan minuman iaitu “Big Cup”. Beliau telah mulakan perniagaan beliau pada bulan Disember 2016 sehingga kini.
Pelbagai kelas keusahawanan yang telah diikuti oleh Puan Hatijah antaranya ialah kelas Online Shopping menggunakan aplikasi Chilindo, kelas eRezeki kerjasama dengan Mini RTC Serting Ilir dan kelas membuat label produk secara asas dengan menggunakan Microsoft Word. Hasil daripada menghadiri kelas anjuran PI ini Puan Hatijah semakin celik IT dan teruja untuk mendalami ilmu ICT dan aplikasikan dalam pengurusan perniagaan beliau. Selepas menyertai kelas-kelas anjuran PI beliau semakin bersemangat untuk menjalankan perniagaan beliau dengan menjadikan PI sebagai tempat rujukan untuk sebarang masalah yang dihadapi.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Puan Sabarina Binti Musa merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau menjalankan aktiviti perniagaan di rumah beliau dan menjual produk mengikut tempahan dan permintaan daripada pelanggan sahaja. Beliau menjual pelbagai jenis produk makanan antaranya ialah jelly kelapa dan popcorn. Beliau juga mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan dan keraian yang lain.
Sebelum mengenali PI, beliau telah mempunyai ilmu asas penggunaan komputer iaitu Microsoft Word,Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Selepas mengenali PI, beliau telah menggunakan segala kemudahan yang terdapat di PI sebagai kaedah untuk memudahkan segala urusan perniagaan beliau. Di mana beliau sering mengunjungi PI untuk mencetak dokumen perniagaan dan merujuk petugas PI untuk sebarang masalah teknikal berhubung dengan komputer.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Cik Nurul Ain menjalankan perniagaan ini bersama keluarga beliau. Perniagaan beliau tertumpu kepada makanan tradisional seperti dodol, wajid, kuih-muih dan macam-macam lagi.
Sebelum penggunaan ICT,beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau dengan cara yang lebih efektif dan cepat. Beliau hanya menunggu pelanggan datang ke rumah untuk menempah produk makanan yang dijual.
Selepas penggunaan ICT, beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook untuk mempromosikan jualan beliau setiap hari dengan memuat naik gambar makanan tradisional yang dijual.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Encik Abdul Razak Bin Abdulla merupakan salah seorang pekerja kerajaan. Beliau menjalankan aktiviti perniagaan secara separuh masa. Setiap barangan beliau,akan dihantar kepada agen-agen pada setiap minggu mengikut permintaan pelanggan.
Beliau selalu mempromosikan produk beliau melalui Facebook dan Instagram.
Hasilnya sangat memberangsangkan. Pendapatan sebelum beliau memulakan perniagaan ialah sebanyak RM 2000 sahaja. Selepas menceburkan diri dalam perniagaan atas talian, beliau telah Berjaya memperoleh RM 4000 sebulan. Sekaligus, telah dapat menambahkan pendapatan bulanan beliau.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Sebelum memulakan perniagaan pisang goreng cheese ini, Puan Aishah dan suami menguruskan ladang kepala sawit milik bapa mereka di Felda Pasoh 3 dan memperoleh pendapatan sebanyak RM 300. Berikutan daripada memikul tanggungjawab untuk menjaga anak yang semakin bertambah, Puan Aishah telah mengambil inisiatif lain bagi menjana pendapatan keluarga beliau dengan membuka gerai jualan pisang goreng cheese dihadapan Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3.
Hasil usaha beliau ini,beliau dapat memperoleh pendapatan sebanyak RM 800.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Ainizawati merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau menjalankan aktiviti perniagaan secara atas talian. Dengan bermodalkan RM 300, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan produk makanan secara kecil-kecilan. Beliau telah mulakan perniagaan beliau pada bulan Mac 2016 sehingga kini.
Puan Ainizawati telah menyertai kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pi1M.Antaranya ialah Kelas membuat Design stiker untuk produk jualan. Semasa menyertai kelas tersebut, Puan Ainizawati dibimbing oleh petugas Pi1M sehingga Berjaya menghasilkan design yang beliau sukai.
Selepas menyertai kelas-kelas anjuran Pi1M beliau semakin bersemangat untuk menjalankan perniagaan beliau dengan menjadikan Pi1M sebagai tempat rujukan untuk sebarang masalah yang dihadapi.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Nooriswati Binti Salleh telah mendaftar sebagai ahli Pi1M Pasoh 3 pada tahun 2016. Beliau menjalankan perniagaan Kerongsang Felt secara sepenuh masa. Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau hanya mempromosikan produknya di sekolah yang dikirimkan kepada anak beliau untuk dijual kepada rakan-rakan sekelas. .
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital 1Malaysia Pasoh 3, perniagaan beliau kini semakin berkembang dan produk kerongsang felt beliau sudah mula dikenali ramai melalui Facebook dan Blog.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Nur Fadillah menjalankan perniagaan ini bersama suami beliau iaitu Encik Roslan Bin Othman. Perniagaan ini hanya beroperasi pada waktu pagi sehingga tengahari. Menu utama bagi perniagaan beliau ialah roti canai. Anak-anak beliau masih bersekolah dan sering membantu beliau di kedai pada hujung minggu dan cuti persekolahan.
Sebelum penglibatan Pi1M, beliau tidak mahir menggunakan komputer mahu pun mempromosikan perniagaan beliau di sosial media.
Selepas penglibatan Pi1M, beliau telah menimba ilmu pengetahuan yang baru untuk menggunakan computer dalam segala urusan perniagaan beliau iaitu menaip menu-menu di kedai makan, mempromosikan perniagaan beliau di Facebook dan melalui aplikasi WhatsApp.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Hasmaliza menjalankan perniagaan ini bersama suami dan dua orang anak beliau. Perniagaan ini beroperasi bermula pukul 2 petang hingga 6 petang pada setiap hari. Perniagaan beliau tertumpu kepada menu-menu ringan yang sesuai untuk minum petang. Antaranya ialah kuih karipap, kuih popia dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT,beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau dengan cara yang lebih efektif dan cepat. Beliau hanya buka kedai dan menunggu pelanggan datang.
Selepas penggunaan ICT, beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook untuk mempromosikan jualan beliau setiap hari dengan memuat naik gambar menu-menu yang dijual pada hari tersebut.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Norlaili merupakan salah seorang penduduk Felda Pasoh 3. Beliau ialah suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mengusahakan perniagaan pakaian bundle ini secara kecil-kecilan dirumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya mempromosikan perniagaan beliau melalui ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja. Oleh yang demikian, pelanggan bagi perniagaan beliau ini merupakan jiran tetangga dan sanak saudara sahaja.
Selepas penggunaan ICT, beliau telah membuat akaun Instagram bagi mempromosikan perniagaan beliau. Beliau juga sering berkunjung ke Pi1M menyertai kelas usahawan yang lain iaitu kelas eRezeki anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 kerjasama dengan Pusat Ekonomi Digital Desa.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Ainizawati merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau menjalankan aktiviti perniagaan secara atas talian. Dengan bermodalkan RM 300, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan produk makanan secara kecil-kecilan. Beliau telah mulakan perniagaan beliau pada bulan Mac 2016 sehingga kini.
Puan Ainizawati telah menyertai kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pi1M.Antaranya ialah Kelas membuat Design stiker untuk produk jualan. Semasa menyertai kelas tersebut, Puan Ainizawati dibimbing oleh petugas Pi1M sehingga Berjaya menghasilkan design yang beliau sukai.
Selepas menyertai kelas-kelas anjuran Pi1M beliau semakin bersemangat untuk menjalankan perniagaan beliau dengan menjadikan Pi1M sebagai tempat rujukan untuk sebarang masalah yang dihadapi.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari Pi1m
Puan Siti Rahimah Binti Rahim bekerja sebagai Pembantu Kantin di SK Felda Pasoh 3 . Beliau menjalankan aktiviti perniagaan menjual kek cheese secara kecil kecilan di rumah. Kebiasaannya beliau mengambil tempahan membuat kek cheese pada hujung minggu dan pada musim cuti persekolahan.
Sebelum mengenali Pi1M, beliau tidak tahu menggunakan komputer.Selepas mengenali Pi1M, beliau telah mula minat menggunakan komputer dan telah diaplikasikan dalam perniagaan dengan mempromosi jualan cheese kek beliau melalui Facebook dan WhatsApp.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PIK
Azra merupakan mahasiswi Tahun Ketiga di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau rajin menyertai aktiviti-aktiviti ICT dan banyak menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Komuniti untuk menyiapkan tugasan pembelajaran beliau. Kini, beliau seorang yang celik ICT dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar Pusat Ekonomi Digital Komuniti.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PIK
Hasfa merupakan mahasiswi Tahun Pertama di Universiti Teknologi Mara, Negeri Sembilan. Beliau rajin menyertai aktiviti-aktiviti ICT dan banyak menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Komuniti untuk menyiapkan tugasan pembelajaran beliau. Kini, beliau seorang yang celik ICT dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar Pusat Ekonomi Digital Komuniti.
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PIK
Adiba merupakan seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif di sekolah. Beliau sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Komuniti untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital .
Pelajar Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PIK
Malissa merupakan seorang pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif di sekolah. Beliau sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Komuniti untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital .