Webinar Keselamatan Siber/ Jejak Siber : Serangan Dunia Siber
14 Disember 2024 | Aktiviti Terkini13 Disember 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah mengadakan taklimat/kelas kesedaran anjuran daripada pihak secretariat X Cybersecurity : Webinar Keselamatan Siber yang bertajuk Jejak Siber: Mengenal Serangan Dunia Siber. Taklimat ini bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang.
Serangan dunia siber ialah ancaman digital seperti pencurian data, virus, penggodaman, atau buli siber. Ia mensasarkan pengguna internet untuk mencuri maklumat, merosakkan sistem, atau mengancam keselamatan individu secara dalam talian.
Serangan siber seperti penipuan, virus, kecurian data, dan buli siber boleh menjejaskan pelajar. Elak klik pautan yang mencurigakan, serta guna kata laluan yang kuat, kemas kini peranti, dan jangan kongsi maklumat peribadi sewenang-wenangnya. Laporkan segera kepada guru atau ibu bapa jika berlaku ancaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: