Kelas ICT : Microsoft Word (Sebut Harga Perniagaan)

6 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

5 Disember 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah membantu seorang usahawan membuat sebut harga bagi perniagaan beliau. Kelas ini berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi.

Staff NADI telah mengajar seorang usahawan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word ini usahawan dapat memanfaatkan cara penyediakaan sebut harga dengan mudah, cepat, dan teratur. Dengan templat tersedia, jadual, dan alat penyuntingan, usahawan dapat menghasilkan dokumen profesional yang memudahkan komunikasi dengan pelanggan sambil menjimatkan masa dan memastikan maklumat teratur serta jelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali