Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka
6 September 2024 | Aktiviti Terkini5 September 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti mengemaskini Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka yang dikenali sebagai sistem MyLAND. Hal ini kerana Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah melaksanakan peralihan Sistem MyetaPP ke Sistem MyLAND bagi Modul Pembahagian Pusaka yang telah berkuatkuasa pada 15 Julai 2024. Staf NADI membantu komuniti untuk mengemaskini maklumat waris bagi penama yang telah meninggal dunia. Selain itu, staf juga membantu komuniti melengkapkan maklumat untuk mengeluarkan Borang Seksyen 8A. Kelas pembelajaran ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: