KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 2
18 Julai 2025 | Aktiviti Terkini17 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Program Kempen Internet Selamat (KIS) telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 2 dengan penyertaan seramai 68 orang murid Tahap 2. Program ini melibatkan petugas NADI Kluster Jempol Utara dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dalam kalangan murid sekolah rendah.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari MCMC Negeri Sembilan iaitu Puan Emma Shuaida Shuaid (Ketua Seksyen Pembangunan), Puan Kogilavani Suppramaniam (Penolong Eksekutif) dan Encik Amir Hazim Bahri (Pegawai RISE). Kehadiran mereka menunjukkan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa literasi digital dalam kalangan murid-murid luar bandar. Antara Petugas NADI yang turut menjayakan program ini ialah Nuryatul binti Muhamad Nor (Pengurus NADI Felda Pasoh 2), Noor Afiqah Binti Mohd Rais (Pengurus NADI Kg Bayai Lama), Umi Rafidah Binti Puasa (Pengurus NADI Felda Pasoh 3), Azizan Bin Haji Talib (Pengurus NADI Kampung Serting Ulu), Mohamad Idial bin Mhd Masri (Pengurus NADI Kampung Serting Tengah), Noor Rafidah binti Hamid Dol (NADI Kampung Lonek) dan Farra Hanim binti Tajol Arus (Pengurus NADI Felda Sungai Lui).
Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan internet secara selamat, malah mengeratkan lagi kerjasama antara sekolah, komuniti dan agensi kerajaan dalam membentuk generasi celik teknologi dan bertanggungjawab. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: