NADI – MAHIR: Fotografi, Jahit, Masak dan Baiki Gadjet Minggu ke – 5
19 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini18 - 22 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 5, mahir fotografi, jahit, masak dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 10 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu kelima Kelas Mahir, peserta mengikuti pelbagai modul menarik yang menambah pengetahuan serta kemahiran praktikal. Dalam kelas fotografi, mereka mempelajari tips menggunakan telefon pintar dengan betul serta teknik-teknik asas fotografi untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif dan berkualiti. Seterusnya, dalam kelas jahitan, peserta diajar cara menggunting fabrik apron sebagai langkah awal sebelum menjahit. Modul baik pulih gajet pula memberi latihan membuka dan memasang semula komponen telefon pintar berasaskan Android. Manakala dalam kelas masakan, peserta bukan sahaja memasak tetapi turut diajar cara mengambil gambar produk makanan dan memuat naik tugasan melalui LMS sebagai latihan pembentangan digital.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: