KOMUNITI MADANI KG AYER ITAM DAN KOMUNITI MADANI PASOH : Pengenalan Aplikasi Jati MADANI dan Inisiatif Kerajaan

20 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

19 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Program NADI x Komuniti MADANI x JAPENS. Program ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 7 orang ahli komuniti MADANI yang terdiri dari Kg Ayer Itam dan Felda Pasoh 3. Turut memeriahkan program ini ialah kehadiran Pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan, Puan Emma Shuaida Shuaid selaku Ketua Seksyen Pembangunan MCMC.

Pada sesi kali ini, pihak NADI Felda Pasoh 3, telah memberikan penerangan berkenaan aplikasi JATI MADANI serta cara untuk memuat turun aplikasi di telefon pintar. Aplikasi ini bertujuan untuk membantu masyarakat mengakses pelbagai inisiatif kerajaan dengan lebih mudah dan cepat. Ramai pengunjung mengambil peluang untuk memuat turun aplikasi ini dan mendapatkan penerangan lanjut daripada petugas.

Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan BMI. Wakil daripada JAPENS Jelebu Puan Siti Nor Baizura telah membuat edaran risalah Kempen Internet Selamat (KIS). Program ini membuktikan komitmen pelbagai agensi dalam mendekati rakyat secara langsung dan memperkasa kesejahteraan komuniti sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali