NADI x ESUKAN : NESDEG PART 1 & PART 2
21 Julai 2025 | Aktiviti Terkini20 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas kesedaran NESDEH Part 1 & Part 2. Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 6 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
NESDEG atau National Esports Development Guidelines ialah garis panduan rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan pembangunan sukan elektronik (e-sukan) di Malaysia berjalan secara teratur, selamat dan profesional. Ia merangkumi aspek seperti etika pemain, keseimbangan antara akademik dan permainan, keselamatan siber, serta penglibatan belia secara sihat. Garis panduan ini juga menyokong pertumbuhan industri e-sukan yang mampan dan selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.
Kelas ini diadakan bagi persediaan para peserta untuk memasuki pertandingan Mobile Legend Bang Bang Musim Ke 3 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: