Program Kempen Internet Selamat Di Program Stem Dan Digital Daerah Jempol Dan Jelebu

21 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

20 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti satu Program Kempen Internet Selamat Di Program Stem Dan Digital Daerah Jempol Dan Jelebu telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Jempol yang melibatkan seramai 204 orang murid Tahap 2. Program ini memberi penekanan kepada keselamatan internet dan penggunaan teknologi secara bijak dalam kalangan murid sekolah rendah. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah Program KIS Modul Tahap 2 (Sekolah Rendah) serta booth KIS yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan dalam talian dan luar talian, pendaftaran Digital ID, pendaftaran ahli percuma serta informasi berkaitan peranan NADI.

Program ini turut disokong oleh petugas dari NADI Kluster Jempol Utara, NADI Kluster Jempol Selatan dan NADI Felda Pasoh 1 (Kluster Jelebu). Kehadiran pegawai MCMC Negeri Sembilan turut memeriahkan program, antaranya Tuan Ts Md Tahir bin Musa (Pengarah MCMC Negeri Sembilan), Pn Emma Shuaida (Ketua Seksyen Pembangunan), En Mohd Taufiq Bin Zabidi (Penolong Pengarah), Pn Kogilavani (Assistant Executive) serta En Amir Hazim Bahri (Pegawai RISE).

Kerjasama semua pihak menjadikan program ini lebih bermakna dalam menyemai kesedaran tentang kepentingan keselamatan internet sejak usia muda. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

✨ Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama ✨

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali