NADI – MAHIR : Baiki Gadjet dan Masak | Kelas Pengenalan Mahir
22 Julai 2025 | Aktiviti Terkini21 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas pengenalan mahir baiki gadjet dan mahir masak sempena pengambilan kedua sesi 2025. Kelas mahir gadjet ini bermula pada jam 9.30 pagi – 11.00 pagi, manakala kelas mahir masak bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Program Pengenalan Mahir Masak dan Baiki Gajet ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran asas yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Peserta akan didedahkan kepada teknik asas memasak hidangan mudah dan langkah membaiki gajet seperti kabel pengecas, alat elektronik kecil dan sebagainya. Program ini juga bertujuan memupuk minat, meningkatkan keyakinan diri serta membentuk sikap berdikari dalam kalangan peserta. Pendekatan yang santai dan praktikal menjadikan program ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: