NADI – MAHIR: Fotografi, Jahit dan Baiki Gadjet | Kelas Pengenalan Mahir

25 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

24 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas pengenalan mahir fotografi, jahit dan baiki gadjet sempena pengambilan kedua sesi 2025. Kelas mahir jahit dan baiki gadjet ini bermula pada jam 9.30 pagi – 11.00 pagi, manakala kelas mahir fotografi bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Program Pengenalan Mahir Fotografi, Jahit dan Baiki Gajet ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran asas yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Peserta akan didedahkan kepada teknik asas fotografi, menjahit dan langkah membaiki gajet seperti kabel pengecas, alat elektronik kecil dan sebagainya. Program ini juga bertujuan memupuk minat, meningkatkan keyakinan diri serta membentuk sikap berdikari dalam kalangan peserta. Pendekatan yang santai dan praktikal menjadikan program ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali