NADI – MAHIR: Fotografi, Jahit, Masak dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 6

26 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

25 - 29 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 6, mahir fotografi, jahit, masak dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 6 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Pada minggu keenam Kelas Mahir, peserta meneruskan pengisian dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat. Dalam modul masakan, mereka diajar cara menyediakan menu istimewa iaitu Korean Garlic Bread, yang memerlukan teknik asas memasak serta kreativiti dalam penyediaan roti. Sementara itu, modul jahitan memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan apron menggunakan kemahiran menggunting dan menjahit yang telah dipelajari. Bagi kelas baik pulih gajet, peserta didedahkan dengan latihan praktikal membuka serta memasang semula komponen asas telefon pintar Android. Aktiviti minggu ini bukan sahaja mengasah kemahiran praktikal tetapi juga melatih peserta agar lebih cekap, teliti dan berdisiplin.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali