NADI – MAHIR: Fotografi, Jahit, Masak dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 2

29 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

28 Julai sehingga 1 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 2, mahir fotografi, jahit, masak dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 10 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Pada minggu kedua program Kelas Mahir, para peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas yang berguna dalam kehidupan seharian. Mereka diajar kemahiran menjahit termasuk cara mengendalikan alatan jahitan dengan betul dan selamat. Seterusnya, peserta turut mempelajari asas fotografi, merangkumi teknik asas pengambilan gambar dan sudut pencahayaan. Dalam modul baik pulih gajet, mereka diberi pengenalan kepada komponen asas dan cara penjagaan peralatan elektronik. Selain itu, peserta juga mengikuti kelas masakan yang memberi pendedahan kepada peralatan asas di dapur serta penggunaannya. Semua modul ini membantu membina kemahiran dan keyakinan peserta.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali