NADI - CYBERSECURITY : Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web

29 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

28 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Cybersecurity : Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami isu keselamatan siber dengan lebih mendalam melalui tiga topik utama. Pertama, peserta akan mengenali Dark Web, iaitu satu bahagian internet yang tidak mudah diakses dan sering dikaitkan dengan aktiviti haram. Penerangan ini akan membantu mereka memahami realiti Dark Web yang sebenar, bukan sekadar cerita sensasi. Kedua, peserta akan didedahkan dengan ancaman jenayah siber oleh kumpulan jenayah terancang (OCG).

Penerangan ini amat penting kerana kumpulan seperti ini menggunakan ruang digital untuk melakukan penipuan, penyeludupan data serta pelbagai aktiviti berbahaya yang boleh mengancam keselamatan individu dan negara. Akhir sekali, peserta akan mempelajari cara mengelak daripada menjadi mangsa melalui langkah pencegahan yang praktikal. Sesi ini turut disertakan dengan live demo bagi membantu mereka membezakan antara fakta dan mitos tentang Dark Web. Dengan pendedahan ini, peserta lebih peka dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali