KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS): Webinar Ancaman Berita Palsu Kepada Masyarakat
30 Julai 2025 | Aktiviti Terkini29 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Webinar Ancaman Berita Palsu Kepada Masyarakat sempena menjayakan Program Kempen Internet Selamat (KIS). Webinar ini melibatkan 3 pelajar sekolah rendah dan 3 pelajar dari sekolah menengah. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dalam kalangan murid sekolah rendah.
Antara topik yang dibincangkan termasuk kesan negatif maklumat palsu, seperti mencetuskan panik, fitnah, serta kerugian masa dan kepercayaan masyarakat. Pelajar juga diperkenalkan kepada clickbait, iaitu tajuk menarik yang menipu dan mengelirukan pembaca.
Melalui contoh video dan gambar palsu yang dikongsi, peserta belajar untuk berfikir secara kritis dan menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi. Program ini diharap mampu melahirkan generasi muda yang celik maklumat dan bijak menilai apa yang benar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: