NADI SAFE & SHIELD (SMART SAFE: Kearah Penggunaan Internet Beretika)

4 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

3 Februari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung NADI SAFE & SHIELD (SMART SAFE: Ke arah Penggunaan Internet Beretika. Webinar bermula dari jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Seramai 2 orang telah mengikuti webinar ini.

NADI SAFE & SHIELD (SMART SAFE) ialah program mendidik kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun) tentang penggunaan internet yang bijak dan selamat. Ia membantu mereka mengenali bahaya dalam talian seperti penipuan, buli siber, dan privasi digital. Tujuannya adalah membentuk generasi celik digital yang bertanggungjawab dan beretika.

Penggunaan internet secara beretika juga dapat membantu mereka melayari laman web yang selamat, tidak berkongsi maklumat peribadi, serta berkomunikasi dengan sopan. Mereka perlu mengelak buli siber, menghormati privasi orang lain, dan menggunakan internet untuk pembelajaran serta aktiviti berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali