Nadi X Esukan (Kelas Kesedaran Dan Sijil)

5 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

4 Mac 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan 3 kelas kesedaran dan 2 kelas sijil NADI x ESUKAN. Antara kelas kesedaran yang dijalankan ialah Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan, Kerjaya Dalam Bidang E-Sukan, Kesihatan & Kesejahteraan Dalam E-Sukan, Teras 1 dan Teras 2 Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai seorang peserta terlibat dalam kelas ini.

E-Sukan semakin diterima dalam pendidikan sebagai platform pembangunan kemahiran pelajar, termasuk strategi, kepimpinan, dan disiplin. Peserta diberi pendedahan kepentingan kesihatan dalam e-sukan. Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan menetapkan dasar pembangunan e-sukan secara sistematik. Kerjaya dalam e-sukan merangkumi pemain profesional, jurulatih, dan penganjur. Kesihatan dan kesejahteraan ditekankan melalui keseimbangan latihan, pemakanan, rehat, serta pengurusan tekanan untuk prestasi optimum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali