NADI – MAHIR: Fotografi, Jahit, Masak dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 3
5 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini4 - 8 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 3, mahir fotografi, jahit, masak dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 10 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu ketiga Kelas Mahir, peserta meneruskan pembelajaran dengan modul yang lebih khusus dan menarik. Dalam kelas fotografi, mereka mempelajari apa itu mobilegrafi, iaitu teknik mengambil gambar menggunakan telefon pintar dengan hasil yang kreatif dan berkualiti. Bagi modul jahitan, peserta diajar cara mengambil ukuran badan dengan tepat sebagai asas penting sebelum memulakan proses menjahit. Dalam kelas masakan, mereka mempelajari pembuatan koktel tanpa alkohol yang menarik dan menyegarkan. Sementara itu, modul membaiki gajet memberi fokus kepada asas telefon pintar, termasuk mengenal pasti masalah mudah dan cara penjagaan. Semua kemahiran ini menambah pengetahuan serta kreativiti peserta.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: