KOMUNITI MADANI AYER ITAM DAN KOMUNITI MADANI PASOH : CANVA – Cipta Poster Kemerdekaan
8 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini7 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Program NADI x Komuniti MADANI x JAPENS. Program ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 8 orang ahli komuniti MADANI yang terdiri dari Ayer Itam dan Felda Pasoh 3.
Program Komuniti MADANI mengajar peserta asas penggunaan Canva untuk menghasilkan reka bentuk digital. Peserta belajar memilih templat, menukar teks, menambah gambar dan elemen grafik. Sebagai aktiviti utama, peserta diberi tugasan mencipta Poster Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kebangsaan. Aktiviti ini bukan sahaja menguji kreativiti, malah menyemai semangat patriotisme melalui rekaan yang menampilkan warna Jalur Gemilang, lambang negara, dan slogan kemerdekaan.Program ini berjaya menarik minat kerana menggabungkan kemahiran teknologi dengan nilai kenegaraan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan BMI. Program ini membuktikan komitmen pelbagai agensi dalam mendekati rakyat secara langsung dan memperkasa kesejahteraan komuniti sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: