NADI - NURTURE : Live Tuition Tingkatan 1 | Matematik dan Bahasa English

11 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

10 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah menonton video rakaman Live Tuition Tingkatan 1,modul Matematik dan Bahasa English.

Live Tuition Tingkatan 1 ini menampilkan sesi pembelajaran interaktif bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, rakaman ini merangkumi penerangan konsep, latihan soalan, serta teknik menjawab yang mudah difahami.

Pelajar boleh menonton semula pada bila-bila masa, mengulang bahagian tertentu, dan belajar mengikut kadar masing-masing. Kandungan rakaman dilengkapi dengan contoh praktikal, tips berguna, serta aktiviti yang dapat meningkatkan pemahaman dan keyakinan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali