NADI - NURTURE: eKelas Modul Tahun 4

11 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

10 Ogos 2025 –Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, seorang peserta telah mengikuti NADI-NURTURE : eKelas (Modul Tahun 4).

Program eKelas merupakan inisiatif tuisyen khas oleh Maxis yang menyediakan pembelajaran digital interaktif kepada pelajar sekolah. Modul Tahun 4 ini memberi tumpuan kepada subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kelas dijalankan secara dalam talian dengan bahan pembelajaran yang menarik, termasuk video, kuiz, dan aktiviti interaktif yang memudahkan pemahaman. Pendekatan ini membolehkan murid belajar mengikut kadar masing-masing, sambil meningkatkan minat terhadap pelajaran.

Program ini bukan sahaja membantu pelajar menguasai mata pelajaran dengan lebih baik, malah memupuk kemahiran digital sejak awal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali