NADI – Tiny Techies: Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies

11 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

10 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, seorang peserta telah mengikuti NADI-Tiny Techies : Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies.

Dalam Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies, peserta telah diberi peluang untuk membuka dan meneroka kandungan kit Tiny Techies (Microbit dan Robo’tik) yang disediakan. Setiap komponen dalam kit diterangkan secara terperinci, termasuk fungsi, cara penggunaan, dan hubung kaitnya dengan teknologi harian.

Sepanjang bengkel, peserta dibimbing untuk memahami asas pengaturcaraan, pemasangan mudah, dan konsep reka bentuk digital. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengasah kreativiti, pemikiran kritis, serta kemahiran menyelesaikan masalah. Pendekatan “belajar sambil buat” membantu peserta lebih yakin mencuba perkara baharu dan memahami teknologi secara praktikal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali