KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR

14 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

13 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Program Kempen Internet Selamat (KIS) telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Serting Ilir dengan penyertaan seramai 84 orang murid Tahap 2. Program ini melibatkan petugas NADI Kluster Jempol Utara, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dalam kalangan murid sekolah rendah. Program bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.00 petang.

Program ini dihadiri 5 orang petugas NADI terhadap usaha memperkasa literasi digital dalam kalangan murid-murid luar bandar. Antara Petugas NADI yang turut menjayakan program ini ialah Noor Afiqah Binti Mohd Rais (Pengurus NADI Kg Bayai Lama), Umi Rafidah Binti Puasa (Pengurus NADI Felda Pasoh 3), Azizan Bin Haji Talib (Pengurus NADI Kampung Serting Ulu), Mohamad Idial bin Mhd Masri (Pengurus NADI Kampung Serting Tengah) dan Zakiah Binti Bakri (Pengurus NADI Kuala Jempol).

Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan internet secara selamat, malah mengeratkan lagi kerjasama antara sekolah, komuniti dan agensi kerajaan dalam membentuk generasi celik teknologi dan bertanggungjawab. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali