NADI – MAHIR: Fotografi, Jahit, Masak dan Baiki Gadjet | Minggu ke – 4
16 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini11 - 15 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 4, mahir fotografi, jahit, masak dan baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 10 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu keempat Kelas Mahir, peserta meneruskan pembelajaran dengan modul yang lebih khusus dan menarik. Dalam kelas fotografi, mereka mempelajari apa itu lens, fungsi lens kamera untuk mengumpulkan cahaya dan menjadikan imej menjadi tajam & jelas. Bagi modul jahitan, peserta diajar cara mendraf pola apron. Pola adalah kepingan bentuk asas pakaian yang dilukis rata pada permukaan kertas sebelum memulakan proses menjahit. Dalam kelas masakan, mereka mempelajari pembuatan air kopi yang menarik dan menyegarkan. Sementara itu, modul membaiki gajet memberi fokus kepada peralatan diagnose, termasuk mengenal pasti fungsi utama dan cara penggunaannya. Semua kemahiran ini menambah pengetahuan serta kreativiti peserta.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: