PERTANDINGAN SARINGAN E-SUKAN MOBILE LEGEND
16 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini15 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah menganjurkan pertandingan saringan E-Sukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Season 3 bersama perserta daripada sekolah menengah terdiri daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4. Terdapat 2 kumpulan yang bertanding iaitu Blitzkrieg dan Panglima Maggi. Sebanyak 3 pusingan permainan yang dijalankan kerana terdapat perlawanan sengit antara dua kumpulan. Kumpulan Panglima Maggi telah memenangi dua permainan liga dan akan menjadi wakil pasukan NADI Felda Pasoh 3 bagi Musim Ke-3. Pertandingan ini berlangsung selama satu jam setengah, bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: