NADI x ESUKAN: Episod 11 | Mentaliti Juara

9 April 2025 | Aktiviti Terkini

8 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan podcast kesedaran NADI x E-SUKAN, Episod 11 | Mentaliti Juara. Podcast ini disampaikan oleh Encik Sazali Samad, Lagenda Sukan Ahli Bina Badan Negara. Podcast ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 3 orang peserta terlibat mendengar podcast ini.

Podcast mengenai Mentaliti Juara menampilkan perkongsian inspirasi daripada atlet bina badan negara, En. Sazali Samad. Dalam sesi ini, beliau menekankan kepentingan kekuatan mental dalam mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Menurutnya, disiplin, fokus, dan konsistensi adalah asas utama untuk membina mentaliti juara. Beliau juga berkongsi bagaimana cabaran seperti kecederaan, tekanan, dan kekangan masa dapat diatasi dengan mindset yang positif dan berdaya tahan.

Kejayaan tidak datang secara mudah, tetapi melalui latihan berterusan dan semangat yang tidak pernah luntur. En. Sazali menekankan bahawa kekuatan fizikal sahaja tidak mencukupi tanpa kestabilan emosi dan minda yang kuat. Sokongan keluarga, jurulatih, dan rakan seperjuangan juga memainkan peranan penting dalam perjalanan seorang atlet. Beliau turut menyeru para belia agar mengamalkan gaya hidup sihat dan berani mengejar impian walau dalam bidang yang mencabar. Bagi beliau, kejayaan sebenar adalah apabila seseorang mampu mengatasi diri sendiri dan tidak mudah mengalah.

Podcast ini memberikan suntikan semangat dan panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya, bukan sahaja dalam sukan, tetapi juga dalam kehidupan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali