NADI x Kesejahteraan Diri: Webinar| Sindrom Ovari Polisistik Fakta & Cara Atasinya

9 April 2025 | Aktiviti Terkini

8 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan webinar NADI x Kesejahteraan Diri : Sindrom Ovari Polisistik Fakta dan Cara Atasinya. Webinar ini disampaikan oleh Dr Nurul Nazihah Binti Asmuni Pakar Sakit Puan Hospital Pakar UPM. Webinar ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 2 orang peserta terlibat mendengar webinar ini.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) ialah gangguan hormon yang kerap berlaku dalam kalangan wanita usia subur. Ia menyebabkan haid tidak teratur, jerawat, pertumbuhan bulu berlebihan, dan masalah kesuburan. Punca utama termasuk faktor genetik dan rintangan insulin, yang menyebabkan hormon androgen berlebihan lalu mengganggu proses ovulasi. PCOS juga dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung. Diagnosis biasanya dibuat melalui pemeriksaan fizikal, ujian darah, dan imbasan ultrasound.

Walaupun tiada penawar, simptom PCOS boleh dikawal dengan gaya hidup sihat dan rawatan perubatan. Diet seimbang dan senaman berkala sangat membantu dalam mengawal berat badan, hormon, dan kitaran haid. Ubat seperti pil perancang dan metformin sering digunakan untuk mengawal simptom. Rawatan bergantung pada keperluan individu, termasuk isu haid, hormon atau kesuburan. Pengesanan awal dan sokongan emosi sangat penting untuk membantu wanita mengurus PCOS secara berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali