NADI X MAHIR FOTO : Tips Untuk Content Creator (Short Course)
13 April 2025 | Aktiviti Terkini12 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Kelas Mahir Foto: Tips Untuk Content Creator x MAHIR (Short Course). Kelas Content Creator ini telah dibimbing oleh Pensyarah Diploma Fotografi UiTM Lendu Melaka, Encik Fahmi Samsudin. Kelas ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Seramai 4 orang peserta telah terlibat dengan kelas ini, semua peserta memberi komitmen mengikuti kelas dari rumah.
Kelas online Content Creator mengajar ilmu, konsistensi, dan kreativiti content creator yang lebih profesional dan berkesan. Disampaikan oleh pakar, kelas ini merangkumi asas fotografi & videografi, penggunaan aplikasi penyuntingan, dan strategi kandungan di media sosial. Ianya membantu individu yang berminat menjadi content creator dengan memanfaatkan telefon pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: