NADI x ESUKAN |Pertandingan Mobile Legend Bang Bang Peringkat Negeri 2025
27 April 2025 | Aktiviti Terkini26 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan pertandingan eSport NADI x E-SUKAN : Mobile Legends Bang-Bang Peringkat Negeri 2025. Pertandingan ini berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 5 orang peserta terlibat dalam pertandingan ini.
Pasukan NADI Felda Pasoh 3 berada didalam Kumpulan F dan bertanding sebanyak tujuh pusingan perlawanan. Walaupun tewas, mereka tetap bersemangat dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Pertandingan ini memberi peluang untuk membina pengalaman, meningkatkan kerjasama pasukan, dan menonjolkan bakat baharu dalam arena e-sukan tempatan. Sokongan padu daripada penonton turut membakar semangat pemain sepanjang pertandingan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dalam menjayakan pertandingan Mobile Legend Bang Bang ini !.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: