NADI – Cybersecurity: Siri Edusiber @NADI
24 Disember 2025 | Aktiviti Terkini23 Disember 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Program Sempena Cuti Sekolah @NADI: Siri Edusiber @NADI. Kelas ini bermula pada jam 11.00 pagi – 12.00 tengahari. Seramai 4 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Program Sempena Cuti Sekolah Siri Edusiber @NADI memperkenalkan pelajar kepada asas keselamatan digital melalui tontonan video keselamatan siber yang ringkas dan mudah difahami. Pelajar didedahkan kepada risiko seperti phishing, penipuan atas talian, kata laluan lemah dan buli siber. Program ini turut disertakan aktiviti menarik seperti teka silang kata, cabaran padanan istilah dan kuiz interaktif bagi membantu pelajar mengenal pasti ancaman digital dengan lebih seronok. Melalui pendekatan visual dan aktiviti praktikal ini, pelajar memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang cara melindungi diri dalam talian serta mengaplikasikan amalan penggunaan internet yang bijak dan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: