NADI – Tiny Techies

24 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

23 Disember 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Program Sempena Cuti Sekolah @NADI. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi – 11.00 pagi. Seramai 2 orang peserta sekolah rendah terlibat dalam kelas ini.

Program Sempena Cuti Sekolah Tiny Techies memperkenalkan pelajar kepada dunia teknologi awal melalui video pembelajaran, kuiz interaktif dan permainan digital yang menyeronokkan. Pelajar dapat memahami konsep asas teknologi, mengenali peranti, serta mempelajari penggunaan digital yang selamat. Aktiviti menarik seperti teka silang kata, cabaran padanan gambar dan mini-game membantu mengukuhkan kefahaman mereka secara kreatif. Program ini direka khas untuk membina minat awal terhadap teknologi, meningkatkan kemahiran berfikir serta memberi pendedahan asas yang sesuai mengikut umur, sambil memastikan pembelajaran kekal ringan, menyeronokkan dan bermakna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali