Kelas ICT (Permohonan Bantuan Baitulmal)
8 Februari 2025 | Aktiviti Terkini7 Februari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung kelas ICT (Permohonan Bantuan Baitulmal). Seramai 11 orang telah hadir mengikuti kelas ini. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang.
Staff telah memberi tunjuk ajar cara untuk memohon bantuan ini melalui laman web. Kelas permohonan bantuan Baitulmal ini juga dapat memberi panduan kepada individu yang memerlukan mengenai cara memohon bantuan kewangan, pendidikan, perubatan, dan kebajikan. Kelas ini menerangkan syarat kelayakan, dokumen diperlukan, serta proses permohonan. Ia bertujuan membantu golongan yang layak mendapatkan bantuan dengan lebih mudah dan efektif bagi meringankan beban hidup mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: