NADI x Nurture : Live Class DiLea
8 Februari 2025 | Aktiviti Terkini3 – 7 Februari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Program Khas Dilea anjuran NADI Nurture : LIVE CLASS DiLea (Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris) untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 4. Kelas ini dijalankan pada setiap minggu ke 3. Seramai 3 orang pelajar terpilih mengikuti kelas ini. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 3.30 petang sehingga jam 4.30 petang.
Kelas DiLea ialah platform pembelajaran atas talian yang memudahkan pelajar dan guru mengakses bahan pengajaran. Ia menyediakan pelbagai sumber seperti nota, video, dan kuiz interaktif. Platform ini mesra pengguna dan membantu meningkatkan pembelajaran digital dengan mudah dan efisien, sesuai dengan keperluan pendidikan masa kini.
Kelas DiLea ini juga dijalankan secara percuma dan membolehkan pelajar belajar tanpa kos, menawarkan akses mudah kepada sumber berkualiti, meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan peluang pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira latar belakang atau kemampuan kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: