NADI x Nurture (Program Khas :Ulangkaji Matematik)

9 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

8 Februari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Program Khas Dilea anjuran NADI Nurture: Ulangkaji Matematik Tingkatan 4 & 5 oleh Cikgu Arzman untuk pelajar sekolah menengah. Seramai 5 orang pelajar telah mengikuti program khas ini. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.

Webinar berkala Matematik ini dilakukan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5, membantu mereka memahami konsep penting serta meningkatkan prestasi akademik. Program ini menawarkan sesi interaktif, teknik menjawab soalan dengan berkesan, serta latihan berstruktur di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman. Dengan pendekatan yang sistematik, pelajar dapat membina keyakinan dalam menghadapi peperiksaan.

Webinar ini terbuka kepada semua pelajar yang ingin mengukuhkan asas Matematik mereka. Penyertaan adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali