NADI x KIDVENTURE : Pengenalan Kepada Usahawan

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

22 Februari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung NADI x Kidventure : Pengenalan Kepada Usahawan. Seramai 3 orang pelajar sekolah rendah telah mengikuti bengkel ini. Bengkel ini berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi Bengkel ini bertujuan untuk membangkitkan minat pelajar sekolah rendah mempelajari asas-asas atau ciri-ciri menjadi usahwan diperingkat sekolah.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada konsep usahawan serta ciri-ciri yang perlu ada pada pelajar sekolah rendah untuk menjadi usahawan muda. Usahawan ialah individu yang menjalankan perniagaan dengan mengambil risiko untuk mendapatkan keuntungan.

Untuk menjadi usahawan pelajar memerlukan usaha, semangat, dan kreativiti. Pelajar yang ingin menjadi usahawan boleh bermula dengan perniagaan kecil-kecilan. Dengan sikap positif dan kesungguhan, mereka boleh mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan pada masa hadapan.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menjayakan bengkel ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi usahawan moden berkaliber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali