NADI x NURTURE (Program Khas :Seminar Motivasi Pelajar)
23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini22 Februari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Program Khas Dilea anjuran NADI Nurture: Seminar Motivasi Pelajar Tingkatan 4 & 5 oleh Coach Isa (Trainer Tutor Profesional Malaysia) untuk pelajar sekolah menengah. Seramai 1orang pelajar telah mengikuti program khas ini. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula dari jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang.
Seminar ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami bagaimana gaya pembelajaran berbeza boleh meningkatkan prestasi mereka. Para peserta diperkenalkan kepada tiga gaya utama: Visual, Auditory, dan Kinesthetic, serta cara-cara menggunakan teknik-teknik ini dalam pembelajaran harian mereka. Aktiviti interaktif dan contoh praktikal turut disediakan untuk memberi pemahaman lebih mendalam.
Peserta memberikan maklum balas yang positif, dengan ramai yang merasa lebih yakin untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Seminar ini berjaya memberi impak yang besar dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya pembelajaran yang pelbagai dalam proses pembelajaran.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menjayakan seminar ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi bijak pandai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: