NADI x SHIELD: Buli Siber | Kecil di Skrin, Besar Kesannya

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

22 Februari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung NADI x SHIELD: Buli Siber | Kecil di Skrin, Besar Kesannya. Seramai 5 pelajar sekolah menengah telah mengikuti webinar ini. Webinar ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Webinar ini bertujuan untuk mendedahkan bahaya siber buli dan kesannya kepada mereka.

Webinar ini menerangkan bahawa buli siber melibatkan gangguan dalam talian seperti penghinaan dan penyebaran maklumat palsu. Antara kesannya ialah tekanan emosi, kehilangan keyakinan diri, dan masalah kesihatan mental. Penceramah telah berkongsi langkah pencegahan seperti melaporkan kes buli dan mengamalkan etika digital.

Peserta memberi maklum balas positif dan lebih memahami kepentingan mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat. Secara keseluruhan, webinar ini berjaya memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya buli siber dan cara mengatasinya.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menjayakan webinar ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi celik teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali