NADI x SAFE: Buli Siber | Internet Seronok Tanpa Buli
23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini22 Februari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung NADI x SAFE: Buli Siber | Internet Seronok Tanpa Buli. Seramai 4 pelajar sekolah rendah telah mengikuti webinar ini. Webinar ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Webinar ini bertujuan untuk mendedahkan bahaya siber buli dan kesannya kepada mereka.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai bahaya buli siber dan kepentingan menggunakan internet secara beretika. Pelbagai aktiviti interaktif seperti perbincangan, dan simulasi situasi buli siber dijalankan untuk membantu pelajar mengenali serta menangani isu ini dengan bijak.
Sambutan peserta amat menggalakkan, dan mereka lebih memahami cara melindungi diri dalam talian. Secara keseluruhan, program ini berjaya mendidik pelajar tentang keselamatan digital dan kepentingan mewujudkan persekitaran internet yang selamat serta menyeronokkan.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menjayakan webinar ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi celik teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: