NADI x TINY TECHIES: Bengkel Robotik

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

22 Februari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung NADI x Tiny Techies : Bengkel Robotik. Seramai 2 pelajar sekolah rendah telah mengikuti bengkel ini. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bengkel ini bertujuan untuk membangkitkan minat pelajar sekolah rendah mempelajari asas pengaturcaraan dan teknologi digital.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan Robotik, termasuk cara mengawal sensor, mencipta projek interaktif, dan memahami konsep asas teknologi. Aktiviti hands-on yang dijalankan membantu pelajar belajar secara praktikal dan menyeronokkan.

Peserta menunjukkan minat yang tinggi, kreativiti yang luar biasa, dan berjaya menyiapkan pelbagai projek mudah menggunakan Robotik. Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknologi, tetapi juga membina keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menjayakan bengkel ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan generasi celik teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali