NADI x Kesejahteraan Kendiri : Cucuk Banyak Sangat (Jom Fahami Jadual Imunisasi Anak Malaysia)

16 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

15 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti webinar NADI x Kesejahteraan Kendiri : Cucuk Banyak Sangat (Jom Fahami Jadual Imunisasi Anak Malaysia). Webinar ini disampaikan oleh Dr Gan Sin Yin, Pakar Kanak-Kanak dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM. Webinar ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Vaksinasi kanak-kanak adalah langkah penting untuk melindungi mereka daripada pelbagau penyakit berbahaya seperti batuk kokol, polio, campak, difteria dan lain-lain. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah menetapkan jadual vaksinasi yang bermula sejak bayi dilahirkan. Antara vaksin yang diberikan termasuk BCG dan Hepatitis B pada waktu lahir, diikuti dengan DTaP-IPV-Hib, Hepatitis B, dan PCV pada usia 2, 3 dan 5 bulan. Vaksin MMR pula diberikan ketika anak berumur 12 dan 18 bulan.

Vaksin bukan sahaja melindungi anak anda daripada komplikasi serius, malah membantu membentuk imuniti kelompok dalam komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali