Sesi Taklimat/Kelas Kesedaran NADI x E-Sukan
4 Januari 2025 | Aktiviti Terkini03 Januari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah mengadakan taklimat/kelas kesedaran NADI x E-SUKAN, minggu 3 & 4 – “Pendidikan dan e-Sukan: Perspektif Pendidik", dengan tetamu jemputan Cikgu Mohd Hafeez bin Ab Ghafur @ Yaakub, Guru Bimbingan Kaunseling dari SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, Selangor. Taklimat ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
E-Sukan semakin diterima dalam pendidikan sebagai platform pembangunan kemahiran pelajar, termasuk strategi, kepimpinan, dan disiplin. Namun, cabaran seperti ketagihan dan keseimbangan akademik perlu ditangani. Pendidik seperti Cikgu Mohd Hafeez memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar agar e-Sukan dimanfaatkan secara sihat, selari dengan kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: