Majlis Perasmian NADI Johol

19 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

18 Januari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah mengikuti Program Perasmian NADI Johol & Sumbangan Bantuan Warga Emas bertempat di NADI Johol. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Antara pengisian aktiviti adalah booth jualan usahawan NADI, booth KDB, taklimat NADI, taklimat SAFE & SHIELD, saringan kesihatan, eKelas STEM bagi pelajar sekolah menengah dan Tiny Techies Microbit bagi pelajar sekolah rendah. Selain itu, terdapat Kaunter Kutipan Cukai Tanah Bergerak (Pejabat Tanah) di tapak parkir. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Saiful Yazan Bin Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol. Setelah selesai sesi perasmian, telah diadakan sesi bergambar dan sesi lawatan ke booth usahawan NADI. Secara Rasminya NADI Johol telah beroperasi dan semoga bermanfaat kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali