Program Explorace ICT Smart Service di SMA Dato HJ Mustapha

10 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

09 Januari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah dijemput untuk terlibat dengan Program Selepas Peperiksaan (Explorace Game | Smart Service Activity). Program ini bermula pada jam 8.00 petang sehingga 1.00 petang. Seramai 200 orang pelajar terlibat dengan program ini.

Program Explorace ICT adalah aktiviti interaktif yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya penggunaan internet serta cara menggunakannya dengan selamat. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk eksplorasi berkumpulan, di mana pelajar akan melalui beberapa stesen yang mengandungi cabaran berkaitan keselamatan dalam talian.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah jejak digital, mencipta kata laluan, cyberbully alert dan fake news. Para pelajar juga telah diberikan tugasan untuk membentangkan tajuk-tajuk yang telah diberikan. Explorace ICT meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan internet, privasi digital, dan ancaman siber. Ia juga membina kemahiran berfikir kritis, kerjasama, dan tanggungjawab dalam penggunaan teknologi secara selamat dan beretika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali