NADI x Cybersecurity
26 Januari 2025 | Aktiviti Terkini25 Januari 2025– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Webinar Cybersecurity Sesi 2: Cara Menguruskan Akaun dan Transaksi Secara Selamat oleh Encik Izzat Hamizan. Taklimat ini dihadiri seorang peserta sahaja. Taklimat berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.
Webinar ini membincangkan cara melindungi diri semasa melakukan transaksi secara online. Peserta akan mempelajari teknik mengenal pasti ancaman siber seperti phishing dan malware, melindungi data peribadi, serta menggunakan langkah keselamatan seperti pengesahan dua faktor. Bersama pakar, webinar ini membantu anda memahami amalan terbaik untuk memastikan setiap transaksi digital lebih selamat dan bebas risiko.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: