Program Khas Webinar Osman Affan (Chapter Four: Aplikasi Gigamemori Smart Study)
26 Januari 2025 | Aktiviti Terkini25 Januari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Program Khas Dilea anjuran NADI Nurture : Webinar Chapter Four: Aplikasi Gigamemori Smart Study oleh Osman Affan untuk pelajar sekolah menengah. Kelas ini berlangsung selam 2 jam bermula dari jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Osman Affan. Beliau menerangkan kepada para pelajar teknik-teknik cara membuat nota dengan mudah menggunakan teknik ringkas, susun atur kemas, gambar dan teknik memori. Seramai 1 orang pelajar tingkatan 5 hadir untuk mendengar taklimat ini. Pelajar juga tertarik dengan teknik membuat nota yang diajar kerana mudah, kreatif, teratur, dan membantu mereka mengingat maklumat dengan lebih efektif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: