NADI x ESUKAN: Episod 6 | e-Sukan dalam Pendidikan: Lebih Daripada Hobi
11 Mac 2025 | Aktiviti Terkini10 Mac 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan podcast kesedaran NADI x E-SUKAN, Episod 6 | e-Sukan dalam Pendidikan: Lebih Daripada Hobi. Podcast ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai seorang peserta terlibat mendengar podcast ini.
Podcast ini menerangkan secara ringkas berkenaan e-Sukan dalam pendidikan bukan sekadar hobi, tetapi alat pembelajaran yang mengasah kemahiran berfikir kritis, kerjasama, dan strategi. Ia membantu pelajar membangun disiplin, kepimpinan, dan pengurusan masa. Dengan sokongan yang betul, e-Sukan boleh menjadi platform untuk kerjaya dalam teknologi, kejuruteraan, dan pengurusan sukan.
Selain itu, ia juga meningkatkan kreativiti, daya saing, serta kemahiran komunikasi pelajar dalam persekitaran digital yang semakin berkembang. Selain itu, e sukan boleh membuka peluang kerjaya dalam industri digital, e-Sukan juga merapatkan jurang teknologi dan memupuk inovasi dalam kalangan pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: