NADI x CYBERSECURITY : Ancaman Siber dalam eSukan

11 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

15 Mac 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan webinar NADI x CYBERSECURITY : Ancaman Siber dalam eSukan. Webinar ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang. Seramai 5 peserta terlibat mendengar webinar ini.

e-Sukan semakin popular dalam kalangan pelajar, tetapi ia juga mempunyai ancaman siber yang perlu diwaspadai. Penggodaman akaun boleh menyebabkan kehilangan data dan identiti dicuri. Buli siber seperti hinaan dan gangguan dalam permainan boleh memberi kesan emosi. Selain itu, cybergrooming oleh individu tidak dikenali boleh membahayakan keselamatan pelajar. Penipuan dalam permainan juga berisiko, seperti ditipu membeli item palsu. Untuk mengelakkan ancaman ini, pelajar perlu menggunakan kata laluan kukuh, tidak berkongsi maklumat peribadi, serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada ibu bapa atau guru. Keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali