NADI x NURTURE (PROGRAM KHAS :Webinar Berkala Bahasa Inggeris)

16 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

15 Mac 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Program Khas Dilea anjuran NADI Nurture: Webinar Berkala Bahasa Inggeris oleh Pn. Nurlina Oon untuk pelajar sekolah menengah. Seramai seorang pelajar telah mengikuti program khas ini. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang.

Inisiatif pembelajaran interaktif yang diadakan secara berkala bagi membantu peserta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Webinar ini merangkumi aspek penting seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, sebutan, kemahiran komunikasi lisan, serta penulisan akademik dan profesional. Sesi dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dengan pendekatan mesra pelajar melalui latihan praktikal, perbincangan, serta simulasi komunikasi. Program ini sesuai untuk pelajar, pekerja, dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan keyakinan berbahasa Inggeris dalam situasi harian dan profesional.

Webinar ini terbuka kepada semua pelajar yang ingin mengukuhkan asas Bahasa Inggeris mereka. Penyertaan adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali