NADI x SAFE & SHIELD: CyberGrooming

16 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

15 Mac 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah berlangsung webinar NADI x SAFE & SHIELD : CyberGrooming. Seramai seorang peserta mengikuti webinar ini. Webinar ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Webinar ini bertujuan untuk mendedahkan bahaya grooming kepada pengguna internet.

Kesedaran mendalam tentang bahaya cybergrooming amat penting bagi melindungi diri daripada eksploitasi dalam talian. Individu perlu mengenali taktik pemangsa seperti manipulasi emosi dan pemalsuan identiti. Teknik perlindungan termasuk menetapkan privasi akaun, tidak berkongsi maklumat peribadi, serta berwaspada terhadap individu tidak dikenali. Selain itu, langkah proaktif seperti mendidik diri tentang keselamatan siber, menggunakan perisian sekuriti, dan melaporkan aktiviti mencurigakan dapat meningkatkan perlindungan. Ibu bapa dan guru juga berperanan dalam membimbing serta memantau aktiviti dalam talian anak-anak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali